Friday, March 7, 2014

Jangan Bunuh Semangat Itu

Lovely Mom seorang guru...bukan guru akademik biasa tetapi memegang status Guru Pemulihan sebelum ditarik ke Guru Pemulihan LINUS NKRA. Scope kerja yang sama tapi ditadbir oleh dua ketua. Kadang-kadang sakit hati...dua surat telah dihantar ke KPM tapi masuk ke tong sampah. Sabar dan doa..bukan kah itu senjata orang muslim. Memang itu nanah  dan kudis yang sedang berada dalam diri LM cuma tunggu masa untuk meletup. Namun, semangat juang untuk melihat anak didik (walaupun kebanyakan budak LINUS ni bukan warganegara) untuk melihat mereka kenal huruf, pandai baca, tulis dan kira tidak  pernah padam. Setiap kali ke sekolah mesti ada BBM walaupun tidak canggih cukup sekadar kad gambar dan kad perkataan,apa yang penting budak tahu rupa serai tu macamana..kerbau tu haiwan apa. Ada juga suami kata...dari belajar kat IPG sampai kerja still buat kad-kad segala. Si isteri jawab biarlah...bagi budak lebih faham. Bila murid tidak boleh kejar apa yang kita ajar di kelas...LM tarik ke bilik guru untuk personal coaching dgn niat yang satu nak tengok budak tu pandai baca. DAN....inilah yang buat LM sedih dan kecewa. Acapkali LM menahan tangis bila apa yang diajar tidak membuahkan hasil tuaian yang diharap. Bagi LM Allah tidak jadikan hambaNYA orang yang bodoh...lambat dan cepat bergantung kepada usaha,ketekunan dan keinginan. Ada kawan berkata...ko jangan susah hati sangat lantaklah bukan warganegara pun. Dah memang bodoh nak buat macamana. Ko buat baik pun..dia balas tahi ngan kita. Salah guru juga.

Ya..inilah yang menimpa LM. Niat personal coaching untuk murid yang lemah telah disalah erti. Salah guru juga ke bila anak murid seusia 8 tahun pandai memutar belit fakta. Dituduh nya LM kurung dia dalam bilik guru. Logik akal..bilik guru itu besar, guru sentiasa keluar masuk..apa kah itu istilah kurung. Saya cuma membimbing dia untuk membaca secara face to face. Ibu bapa jumpa LM komen anak tak nak sekolah sebab LM kurung murid dan garang. LM seorang tipikal guru...hasil didikan daripada guru2 yang dulu dan ibu yang juga seorang guru. LM juga seorang manusia biasa...yang ada emosi marah..suka...benci ...dan bla bla bla...Perlukah LM bertepuk tangan gembira kalau dari bulan 1 sehingga entry ini ditaip buku tulis tak ada...bapa tidak beli. Walaupun sudah dipesan berkali-kali. Berdiam diri kah LM kalau masa mengajar dua murid belakang yang memang tiada minat belajar berbual?Perlukah LM membiarkan sahaja murid tidak siap kerja rumah walaupun baru-baru ini KPM mengeluarkan pekeliling kerjarumah adalah sebahagian pdp. Guru tidak berhak marah jika murid tidak buat kerja sekolah. Habis tu parents akan komen guru tidak bagi kerja sekolah dan tidak tanda buku anak. Kenapa salah guru nampak tapi salah ibubapa yang tidak bagi kerjasama dan percaya sepenuhnya kepada anak pihak KPM tidak dapat melihatnya. Saya tertanya-tanya ke mana arah tujunya pendidikan Malaysia.

Berbalik kepada isu kurung..LM terangkan dengan baik tapi ya mulut kata takpe cikgu saya percaya niat baik cikgu, kalau percaya kenapa timbul semula isu ini. Niat baik saya disalahertikan dan natijahnya LM sudah berhenti membuat personal coaching yang LM buat dengan mengorbankan masa luang saya secara percuma. Kali ini sekali lagi LM dicabar kerana garang. Budak zaman sekarang zaman kebiadapan menjadi-jadi hasil didikan ibubapa yang manjakan anak melampau-lampau. Kalau dia tengok LM mendidik anak kandung sendiri boleh sakit jantung dia tapi hasilnya anak pandai baca, tulis , kira dan masih hormatkan guru. Anak ada juga mengadu cikgu ni marah dia...LM tanya marah mesti ada sebab...sebab apa? dia tidak buat kerja sekolah sedangkan setiap malam LM akan tanya ada kerja sekolah tak? so lagilah LM marah dia. Dia siap cakap LM lebih garang dari cikgu2 di sekolahnya."Mummy jangan ada niat nak pindah sekolah abang tau..takut abang".

Tolong kupinta jangan bunuh dan kuburkan semangat keguruan saya. LM memang hasil keluaran KPLI yang orang selalu cakap mo jadi cikgu sebab tak dapat kerja. Itu persepsi masing2 kita tak boleh nak buat apa walaupun kita buat lebih baik dari dia dan tunjukkan effort dalam mengajar..orang2 macam ni saya panggil hater tegar. LM minat mengajar..kepuasan bagi semua guru melihat anak didik dari zero to hero.  Parents please kalau setakat dimarah sehingga tidak menyebabkan kecederaan fizikal, JANGAN MASUK CAMPUR URUSAN GURU..NIAT GURU NAK TENGOK ANAK AWAK BERADAB..AKHLAK YANG BAIK DAN PANDAI. Kalau parents bagi alasan anak dia mengalami kemurungan selepas dimarah cikgu...habis tu kemurungan cikgu yang setiap hari mengadap anak ko yang tak buat kerja...tak serius belajar ada ko kisah????

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...