Tuesday, April 26, 2011

Buttered prawn with egg floss




Alhamdulillah..kurang sikit alahan aku. Timbul semula keinginan aku mo masak n selera makan. Sudah 13 minggu. Petang tadi aku melayan muka buku. Saja baca status kawan tapi untuk update status sendiri tersangatlah malas. Terpandang status kawan yg memasak buttered prawn. Teringin pula mo mencuba..aku suka tym preggy sebab allergic seafood totally hilang. Bila pikir2 semua bahan2 yang kawan aku tulis tu ada di dapur. Udang ada dalam freezer konon nak masak udang masak tempoyak..takpe cuba resepi lain dulu..Telur sentiasa ada sebab anak2 suka makan telur dadar. Susu cair ada, tak buka lagi. Margarine ada..ok bahan2 cukup cuma curry leave jer takde. Teringat pengasuh anak..dia tanam daun kari..nanti suruh Haris minta ngan pengasuh dia. Siap...bahan2 lengkap. Aku baca arahan cara memasak yg kawan aku bagi n tak puas hati buka youtube. Mo tengok cara yang betul untuk memasak.







Cheh!bermula dengan Bismillah..masterchef-to-be hehehe pun mulakan operasi. Ketang..ketung di dapur. Anak2, aku suruh hubby jaga dulu. Dalam hati tak tau jadi ke tidak ni. Bila dah masak tu...bau dia boleh lah membuka selera. Chehwah perasan. Aku try makan 2 ekor dulu. Ermm...macam sedap. Yalah masakan sendiri...tapi macam ada juga yg nda kena. Aku amik lagi 2 ekor. Bolehlah..tunggu comment dari big boss dulu. Haris n Hakim aku tak bagi makan coz allergic...keturunan darah aku kan. Nasiblah. Bila hubby turun, dia pun cedok nasi..sebelum dia amik buttered prawn aku dah warning..'nda sedap tu bang..1st tym masak'. Dia diam sya'...dia rasa 1 ekor dulu. Sebelum dia kutuk, aku cakap 'nda sedap kan'.. comment dari big boss..'sedap!' . Aku tau dia tidak bohong. Macamana aku tau? Kalau tidak kena selera dia, dia akan cakap terus terang. Berdesing jugalah telinga. Kalau tidak kena piawaian makanan tu ngan selera dia...jangan harap dia akan sentuh..Esok pagi, bila bangun aku tengok buttered prawn aku dah licin. Maksudnya sedap lah tu.

1 comments:

faizah said...

akak, nak resipi. Post la entry baru. thanks!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...