Friday, March 7, 2014

Jangan Bunuh Semangat Itu

Lovely Mom seorang guru...bukan guru akademik biasa tetapi memegang status Guru Pemulihan sebelum ditarik ke Guru Pemulihan LINUS NKRA. Scope kerja yang sama tapi ditadbir oleh dua ketua. Kadang-kadang sakit hati...dua surat telah dihantar ke KPM tapi masuk ke tong sampah. Sabar dan doa..bukan kah itu senjata orang muslim. Memang itu nanah  dan kudis yang sedang berada dalam diri LM cuma tunggu masa untuk meletup. Namun, semangat juang untuk melihat anak didik (walaupun kebanyakan budak LINUS ni bukan warganegara) untuk melihat mereka kenal huruf, pandai baca, tulis dan kira tidak  pernah padam. Setiap kali ke sekolah mesti ada BBM walaupun tidak canggih cukup sekadar kad gambar dan kad perkataan,apa yang penting budak tahu rupa serai tu macamana..kerbau tu haiwan apa. Ada juga suami kata...dari belajar kat IPG sampai kerja still buat kad-kad segala. Si isteri jawab biarlah...bagi budak lebih faham. Bila murid tidak boleh kejar apa yang kita ajar di kelas...LM tarik ke bilik guru untuk personal coaching dgn niat yang satu nak tengok budak tu pandai baca. DAN....inilah yang buat LM sedih dan kecewa. Acapkali LM menahan tangis bila apa yang diajar tidak membuahkan hasil tuaian yang diharap. Bagi LM Allah tidak jadikan hambaNYA orang yang bodoh...lambat dan cepat bergantung kepada usaha,ketekunan dan keinginan. Ada kawan berkata...ko jangan susah hati sangat lantaklah bukan warganegara pun. Dah memang bodoh nak buat macamana. Ko buat baik pun..dia balas tahi ngan kita. Salah guru juga.

Ya..inilah yang menimpa LM. Niat personal coaching untuk murid yang lemah telah disalah erti. Salah guru juga ke bila anak murid seusia 8 tahun pandai memutar belit fakta. Dituduh nya LM kurung dia dalam bilik guru. Logik akal..bilik guru itu besar, guru sentiasa keluar masuk..apa kah itu istilah kurung. Saya cuma membimbing dia untuk membaca secara face to face. Ibu bapa jumpa LM komen anak tak nak sekolah sebab LM kurung murid dan garang. LM seorang tipikal guru...hasil didikan daripada guru2 yang dulu dan ibu yang juga seorang guru. LM juga seorang manusia biasa...yang ada emosi marah..suka...benci ...dan bla bla bla...Perlukah LM bertepuk tangan gembira kalau dari bulan 1 sehingga entry ini ditaip buku tulis tak ada...bapa tidak beli. Walaupun sudah dipesan berkali-kali. Berdiam diri kah LM kalau masa mengajar dua murid belakang yang memang tiada minat belajar berbual?Perlukah LM membiarkan sahaja murid tidak siap kerja rumah walaupun baru-baru ini KPM mengeluarkan pekeliling kerjarumah adalah sebahagian pdp. Guru tidak berhak marah jika murid tidak buat kerja sekolah. Habis tu parents akan komen guru tidak bagi kerja sekolah dan tidak tanda buku anak. Kenapa salah guru nampak tapi salah ibubapa yang tidak bagi kerjasama dan percaya sepenuhnya kepada anak pihak KPM tidak dapat melihatnya. Saya tertanya-tanya ke mana arah tujunya pendidikan Malaysia.

Berbalik kepada isu kurung..LM terangkan dengan baik tapi ya mulut kata takpe cikgu saya percaya niat baik cikgu, kalau percaya kenapa timbul semula isu ini. Niat baik saya disalahertikan dan natijahnya LM sudah berhenti membuat personal coaching yang LM buat dengan mengorbankan masa luang saya secara percuma. Kali ini sekali lagi LM dicabar kerana garang. Budak zaman sekarang zaman kebiadapan menjadi-jadi hasil didikan ibubapa yang manjakan anak melampau-lampau. Kalau dia tengok LM mendidik anak kandung sendiri boleh sakit jantung dia tapi hasilnya anak pandai baca, tulis , kira dan masih hormatkan guru. Anak ada juga mengadu cikgu ni marah dia...LM tanya marah mesti ada sebab...sebab apa? dia tidak buat kerja sekolah sedangkan setiap malam LM akan tanya ada kerja sekolah tak? so lagilah LM marah dia. Dia siap cakap LM lebih garang dari cikgu2 di sekolahnya."Mummy jangan ada niat nak pindah sekolah abang tau..takut abang".

Tolong kupinta jangan bunuh dan kuburkan semangat keguruan saya. LM memang hasil keluaran KPLI yang orang selalu cakap mo jadi cikgu sebab tak dapat kerja. Itu persepsi masing2 kita tak boleh nak buat apa walaupun kita buat lebih baik dari dia dan tunjukkan effort dalam mengajar..orang2 macam ni saya panggil hater tegar. LM minat mengajar..kepuasan bagi semua guru melihat anak didik dari zero to hero.  Parents please kalau setakat dimarah sehingga tidak menyebabkan kecederaan fizikal, JANGAN MASUK CAMPUR URUSAN GURU..NIAT GURU NAK TENGOK ANAK AWAK BERADAB..AKHLAK YANG BAIK DAN PANDAI. Kalau parents bagi alasan anak dia mengalami kemurungan selepas dimarah cikgu...habis tu kemurungan cikgu yang setiap hari mengadap anak ko yang tak buat kerja...tak serius belajar ada ko kisah????

Tuesday, November 5, 2013

Projek Barbie Cupcake

Hari ni cuti sempena Awal Muharam..Selamat Tahun Baru. Cuti-cuti ni kalau mood buat kerja sekolah kureng...diisi dengan either kemas rumah, masak, cuci kain or baking project. Bukan expert tapi sejak anak pandai meminta2 makan itu ini..so I have to learn. Macam budak2 ni selalu cakap lah "mummy hebat..makanan mummy sedap...mummy Chef". Kembang kempis jugalah hidung ni. Biarlah tidak sedap di tekak orang..yang penting sedap pada anak2. Air tangan ibu kan...


Dan..for the first time hari ni Lovely Mom telah berjaya menyiapkan another project - Barbie Cupcake. This is special request from my daughter since she really like Barbie character and sometimes she acts like she is a Barbie. All her perangai must be related to Barbie..if she refuses to eat vege..juz tell her that Barbie likes to eat vege that's why Barbie has shining long hair. Then, she will eat the vege. Girl always be girl...


Friday, November 1, 2013

Lovely Mom Black Pepper Chicken Chop

Semalam kerajinan betul mo masak Black Pepper Chicken Chop. As usual, pigilah menggoogle resepi dan sambil2 tu menelaah buku masakan yang tebal untuk mendapat hasil yang vavavoooommm...and today it's my pleasure to share my step by step preparation and the outcome..wallaa...
 
Bahan-Bahan :
  • Peha ayam (buang tulang)
  • 2 sudu makan Tepung gandum
  • Sos lada hitam
  • Serbuk lada putih/serbuk lada hitam
  • Sos hoisin (optional)
  • 1 sudu kecil kicap pekat
  • 2 susu butter
  • 2 ulas bawang putih (cincang sampai halus)
  • 1/2 biji bawang besar kuning (potong dadu kecil-kecil)
  • Air
  • Telur
  • Ibu roti
  • Garam
  •  
Cara Masa:
  • Perap peha ayam dengan sos lada hitam, serbuk lada putih, sos hoisin dan garam. Perap minimum 1/2 jam tapi Lovely Mom perap sampai 4 jam supaya ramuan tu meresap ke daging ayam. Sementara tu, jangan pula lupa untuk sediakan bahan untuk gravy.
  • Gambar2 di bawah ni adalah cara2 sediakan gravy.


Bawang Besar yang dipotong dadu.


Bawang Putih.




Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga wangi dan agak2 layu. Ketepikan dan blend setelah sejuk.

 
Panaskan kuali dan masukkan butter sehingga semuanya cair macam gambar di atas.
 


Masukkan tepung gandum (tak ayak pun takpe)..kacau sampai semua tepung tadi bergaul sebati dengan butter.




Apabila mixture butter + tepung sudah ok..time nilah masukkan bawang yang dikisar.


Masukkan air  dan kacau..gravy ni memang pekat so jangan gelabah.


Masukkan serbuk lada putih dan serbuk lada hitam.



Mo lebih pedas dan lebih terasa serbuk lada hitam? Lovely mom hentam dengan sos lada hitam.


Tambah kicap pekat..salah satu reason supaya warna gravy tu gelap sikit.

 
 
Macam inilah rupanya gravy Lovely Mom..kalau ada cendawan masukkan lah sekali supaya lebih enak gitewww. Kalau mau cair, tambahlah air.


 
  • Ok, part gravy sudah siap. Sekarang peha ayam yang diperap tadi.
  • Pukul telur (cuci dulu telur tu supaya suci)..pukul tu jangan lah sampai bengkak2 ala-ala manja je.
 

Telur yang telah dibelasah...hihihihi. Amik peha ayam...masukkan dalam telur ni. Pastikan peha ayam 100% dibalut ngan telur.
 

Lepas tu, angkat peha ayam dari rendaman telur dan terbalik-balikkan ke dalam ibu roti. Yakin semua daging sudah dibaluti ngan ibu roti..goreng dalam minyak yang panas.

Jeng..jeng..jeng...inilah outcome nya. Coleslaw tak sempat nak membuatnya...oklah ada penyeri kentang goreng berbentuk huruf. Sambil makan tu boleh test anak tanya ini huruf apa...study santai. Perut kenyang..ilmu pun ada kuikuikui.



Thursday, October 31, 2013

Bahan Bantu Mengajar

Lovely Mom bukan seorang yang kreatif lagi inovatif. Tetapi sejak bergelar pendidik ni terpaksa dan dipaksa untuk menjadi kreatif lebih-lebih lagi untuk mendidik anak-anak yang lambat sikit dari segi pembelajaran. The main point supaya ada bahan maujud yang murid2 ini boleh lihat, sentuh dan bermain sambil belajar. Banyak juga lah buat rujukan di internet, berkongsi dengan kawan2 sealiran dan amik idea member. Cheh!!!skema gilaks bahasa Lovely Mom. Hahaha.
 
Hari tu ada member minta izin dan minta tolong amik pic BBM  di kelas Lovely Mom. untuk assignment. Idoklah kebabom tapi boleh lah untuk membantu anak2 didik.
 
Cantik tak????



Idea ni dapat dari rakan sealiran. Tima kaci.


Ini BBM yang sedia ada...


Kad domino..


Chehh!!!tekun nya cikgu tu..kuikuikui
 

Friday, October 4, 2013

♥HalFest♥

Wokey...hari ni Lovely Mom berkesempatan pergi ke HalFest di Mines, Seri Kembangan. Pameran makanan yang dihasilkan oleh anak Malaysia dan berstatus Halal..itu yang penting. Terus-terang niat menghambur duit tu kureng lah (coz kemelesetan ekonomi )juz mo try semua tester makanan yang disediakan. Gila kentang...boleh kenyang juga wei bila setiap makanan kita try. Kalau yang betul2 sedap tu, Lovely Mom beli lah juga.

Cantik...cumil...kecil...heliza nie.

Sticker untuk masuk. Siap isi segala detail n jawab soalan lagi macam amik exam...tapi Lovely Mom tulis nama jer takut lak lepas ni kena call pasal insurance or promo benda2 lain.

Hasil tangkapan ..sikit je. Paling sedap otak-otak yang warna putih tu. Air koko BoboiBoy tu untuk anakz.

Dapat beg ni sebelum masuk ke ruang pameran.
 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...